Pages

Thursday 8 March 2012

SENI KECANTIKAN

Bidang Seni Kecantikan adalah salah satu cabang matapelajaran aliran vokasional di SMV Dato' Undang Haji Muhamad Sharip. Bidang yang secara keseluruhannya dipelopori oleh pelajar perempuan ini merupakan satu pilihan yang baik untuk individu mempelajari dan mencari peluang kerjayan dalam bidang kecantikan. Di SMVDUHMS, bidang Seni Kecantikan terbahagi kepada Persolekan dan Dandanan Rambut. Tidak cukup dengan hanya kemahiran, pelajar turut diajar asas keusahawanan untuk membantu mereka yang berminat untuk membuka perniagaan sendiri setelah tamat belajar.

Di SMVDUHMS kini, terdapat tujuh orang guru dalam bidang Seni Kecantikan yang mana 4 daripadanya mengajar Dandanan Rambut dan selebihnya mengajar matapelajaran Persolekan. Pembelajaran dalam bidang ini meliputi 10 waktu Persolekan dan 10 waktu untuk Dandanan Rambut. Suasana pembelajaran yang tenang dan melibatkan banyak aktiviti membolehkan pelajar meningkatkan kemahiran dalam bidang masing-masing.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...