Pages

Monday 3 August 2015

HKM 603 UPLOADED


http://www.megafileupload.com

username : ainalia
password: kosmetologi

nota yang telah diupload untuk hari ini:

Keriting Rambut Kreatif dan Penggayaan

Wednesday 8 July 2015

MUAT NAIK INFO DAN MUAT TURUN INFO DAN NOTA

Untuk pembelajaran yang lebih interaktif dan menggalakkan penggunaan ICT, di samping memudahkan pelajar memuat turun nota daripada tenaga pengajar pada bila-bila masa, pelajar boleh ke pautan ini

http://www.megafileupload.com

username : ainalia
password: .......... (telah diberikan)

nota yang telah diupload untuk hari ini:

PENGENALAN KURSUS
MODUL HKM 604

Monday 23 December 2013

Lawatan Industri ... Lagi???

Seronok bila dapat pergi lawatan. Bukan apa, lawatan ni memang satu keperluan untuk buka mata ni luas-luas tengok tempat orang. Sebab dalam Malaysia ni bidang kosmetologi bukan saja fasal rambut, kosmetik je. Tapi luas lagi contonhnya spa, massage, refleksologi.  Jadi kali ni kami berkesempatan ke Perak  (Yang asalnya ke Kuantan tapi sayangnya banjir dan hujan lebat).

Tak kisahkah kan... Lain tempat, lain caranya.

Tempat ni namaynya Pusat Kecantikan Epel. Selalunya orang eja Epal (BM) or Apple (BI). Tak taulah sejarahnya nama Epel ni. Tempat ni terletak di perak, tak jau dari Teluk Batik dan Lumut.

 Fokus pusat kecantikan ni adalah urutan badan dan kaki. Ada bilik individu dan bilik untuk urutan secara berkongsi bergantunglah kepada seseorang. kadang-kadang kan kita ni tak suka diganggu.

Kalaulah suatu hari nanti ada student yang akan buka premis macam ni, kiranya lebih moleklah kalau buat untuk perempuan sahaja which is memang itu yang ditekankan. Lagi elok kalau buat untuk ibu-ibu yang dah lepas bersalin juga. itu satu pilihan. lagi banyak perkhidmatan lagi bagus. ok, seterusnya, sila scroll ke bawah. lets the photos tell the stories...







Sunday 1 December 2013

Alun-alun Spa. Spa yang beralun....


Seperti yang dijanjikan... trip yang entry yang seterusnya adalah... Alun-alun Spa (which was actaully our first trip). Lokasi Spa ni adalah di Hotel Bayview, Langkawi. Kira satu bangunanlah. Sebenarnya spa ni ada lagi satu yang lokasinya di luar bangunan, dalam perjalanan ke Ishan Spa hari tu. Kiranya kalau melawat spa yang kat luar tu, lagi best la sebab lagi luas dan dekorasinya mungkin lagi cantik.

Seperti spa-spa yang lain, perkhidmatan yang ditawarkan adalah body massage, slimming, manicure and pedicure, facial dan banyak lagilah. Harga, kira standardlah... Hotel punya kan. Spendlah duit lebih sedikit untuk the best treatment, tak rugi tau.


Ok, lets the photos tell the stories....

Produk yang digunakan adalah dri bahan-bahan semulajadi....

Alun-alun  Spa

Like... Ah tak ingat nama dia. but shes from Indonesia and married with local
Dia tengah bagi briefing tentang spa ni

Suasana dia sangat calming 

two beds untuk cusomer yang tak kisah berkongsi treatment room...

Another room..

Amik katak ni leak kat bengkel buat hiasan best ni..

Adat melawat, kenalah bagi cenderamata kan....

Well, staff dia semua bagus. very friendly and sourceful. Tak jemu melayan soalan dari kami....

Ok, next entry kita lari siket drai bidang kosmet la... kita patah balik ke previous visit last June...
INDONESIA.....




Wednesday 27 November 2013

Ishan Spa- Industrial Trip

Spa ni letaknya di Langkawi. ok, this is my first time visit Langkawi tapi bukan cikgu2 lain. ada yang dah kali ketiga pun. Tak dapat nak explore banyak pun dekat pulau ni. Pergi Langkawi pun cuma satu malam, tak dapat nak berjalan. Datng sini pun purposely nak melawat Ishan Spa as part of our industrial visit.

Spa ni sangat-sangat cantik sebab dibina di atas bukit, or lereng-lereng bukit. bukan senanglah kan nak bina bangunan atas bukit sebab kena ikutla bentuk muka bumi asal dia. Kebanyakan customer dah tentula orang banyak duit, macam kita ni, dah sah-sah mampu buat lawatan industri macam ni je la.

 Masa mula-mula sampai memnag ternganga mulut tengok tangga dia.... fuh


Ni baru siket.. mahu tercabut skru lutut ni.

Ni lah tempatnyenak manja2kan badan. Campak bunga dalam tub tu lepas tu
 berendamlah sampai beautician tu panggil.

For body massage, kat sini la. lampu yang malap2 dan aroma yang menyenangkan.


Nice... bunga ni menghidupkan lagi susana alam semulajadi tau...


Subhanallah... menghadap laut, sangat cantik


Another treatment room..

Another bathroom....

Inilah jurugambar dalam misi pengembaraan ni.

Sebenarnya atas bukit ni ada jugak swimming pool di celah-celah pokok. sangat cantik tapi lupa nak amik gambar pool tu. sempat amik video je.

So, siapa yang berminat bolehlah melawat spa ni yang terletak di Pulau Lagenda Mahsuri. Spa ni Unisex tau. Jangan terkejutlah bila sampai sana ada lelaki dalam treatment room. 

Ok, next entry kita akan cerita fasal Alun-alun Spa pula...

Monday 6 May 2013

it has been 6 months....

yeah... assalamualaikum.. lama sungguh blog ini tersidai rapi sampai kering begini...

sempena dengan berlalunya enam bulan yang maha mencabar ini, saya ingin memperkenalkan bengkel baru Kosmetologi yang serba indah. Ada  tiga bengkel yang baru sahaja siap dan telah pun beroperasi (digunakanlah senang cakap) selama dua bulan. Besar. Cantik. dengan perabot dan kemudahan yang baru, diharap pelajar-pelajar Kosmetologi ambilan pertama ni dapatlah belajar dengan seronoknya...
Setakat ini alhamdulillan, pelajar dapat menjaga barang-barang baru ni dengan baik.

bila sebut saja 6 bulan, bermakna satu semester pelajar sudah hampir ke hujung garisan. penamatnya adalah pentaksiran akhir yang akan berlangsung pada minggu hadapan. sebagai guru, Allah, rasa cuaknya mengalahkan pelajar. harap sangat diorang ni dapat buat yang terbaik walaupun hanya belajar dalam waktu yang singkat

Wednesday 26 September 2012

PERTANDINGAN KEMAHIRAN

Kejayaan bukan milik anak didik saya. Alkisahnya...

Saya kesuntukan masa untuk melatih Maizatul Akmar. memandangkan waktu itu Percubaan SPM sudah hampir, maka tak banyak dapat saya ajarakan. Selepas Percubaan SPM, kami mulakan dengan mencipta sanggul kreatif. Saya hanya dapat membantu berbekalkan pengalaman saya sepanjang 2 tahun ini. Hum... Selepas saya ajarkan teknik guntingan concave, saya dipilih untuk mengahadiri kursus. Waktu itu saya sudah risau memandangkan Mai memerlukaun seseorang memantau dia sepanjang masa.

Cikgu-cikgu lain memang super busy. Daripada Ketua Bidang, sehinggalah peringkat cikgu-cikgu bawah ni. hum... Ada juga saya minta kawan-kawan serahkan telefon kepada Mai sebab saya rasa saya perlu bercakap dengan dia semasa saya berkursusu tapi tak dapat. Tapi KB saya called bagitahu Mai ok.

Tapi sayangnya, pada hari pertandingan, saya tak sangka anak didik saya ubah Stail guntingan biasa yang dia buat dalam kelas. Saya rasa dia mungkin takut dan akhirnya itu menyumbang kepada kekalahan kami. Tapi saya nak ucap tahniah juga kepada anak-anak didik dari bidang Fesyen dan Katering yang berjaya mendapat tempat. Dan itu menjadi satu pukulan buat saya. Saya perlu berusaha lagi... Masa tidak boleh dijadikan alasan. You want it, you must go for it! Fighting!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...