Pages

Monday 19 March 2012

Nak Jadi Cantik?

"Mengambil Seni Kecantikan semata-mata untuk menjadi cantik"

Menjadi cantik untuk kepuasan mata-mata orang lain yang memandang.
Merasakan diri tidak cantik dan belajar untuk menjadikan diri cantik.

Saya rasa pandangan ini terlalu kuno. disebabkan pandangan ini, bagi saya, pelajar akan terlepas pelbagai aspek penting yang lain yang patut diberi perhatian.

Bagi saya, cantik itu subjektif. Dari hati. Bukan fizikal semata-mata. Belajar, berhias dan bekerja dalam suasana yang teratur, kemas dan bersih, itu yang perlu dititikberatkan. Bukan hanya memandang kepada hasil yang cantik semata-mata. Itu yang saya cuba tekankan kepada pelajar-pelajar saya. Cantik di luar, maka perlu cantik di dalam.

Apa maksud cantik di dalam?

Okey. Bersih. Teratur. Mengawal pergaulan dan percakapan. Bersopan.

Ya, tak guna menjadi canti tetapi tidak hygiene.

Saya berharap mereka faham akan konsep itu. Konsep yang terlalu mudah tetapi terlalu sukar untuk kita-kita praktikkan.

Tapi, boleh. Kan?

Kata-kata untuk hari ini... yang saya petik dari TUMBLR teman saya...
mungkin tiada kaitan dengan entry.... tapi.... yeah... bagus kan?




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...