Pages

Monday 23 December 2013

Lawatan Industri ... Lagi???

Seronok bila dapat pergi lawatan. Bukan apa, lawatan ni memang satu keperluan untuk buka mata ni luas-luas tengok tempat orang. Sebab dalam Malaysia ni bidang kosmetologi bukan saja fasal rambut, kosmetik je. Tapi luas lagi contonhnya spa, massage, refleksologi.  Jadi kali ni kami berkesempatan ke Perak  (Yang asalnya ke Kuantan tapi sayangnya banjir dan hujan lebat).

Tak kisahkah kan... Lain tempat, lain caranya.

Tempat ni namaynya Pusat Kecantikan Epel. Selalunya orang eja Epal (BM) or Apple (BI). Tak taulah sejarahnya nama Epel ni. Tempat ni terletak di perak, tak jau dari Teluk Batik dan Lumut.

 Fokus pusat kecantikan ni adalah urutan badan dan kaki. Ada bilik individu dan bilik untuk urutan secara berkongsi bergantunglah kepada seseorang. kadang-kadang kan kita ni tak suka diganggu.

Kalaulah suatu hari nanti ada student yang akan buka premis macam ni, kiranya lebih moleklah kalau buat untuk perempuan sahaja which is memang itu yang ditekankan. Lagi elok kalau buat untuk ibu-ibu yang dah lepas bersalin juga. itu satu pilihan. lagi banyak perkhidmatan lagi bagus. ok, seterusnya, sila scroll ke bawah. lets the photos tell the stories...







Sunday 1 December 2013

Alun-alun Spa. Spa yang beralun....


Seperti yang dijanjikan... trip yang entry yang seterusnya adalah... Alun-alun Spa (which was actaully our first trip). Lokasi Spa ni adalah di Hotel Bayview, Langkawi. Kira satu bangunanlah. Sebenarnya spa ni ada lagi satu yang lokasinya di luar bangunan, dalam perjalanan ke Ishan Spa hari tu. Kiranya kalau melawat spa yang kat luar tu, lagi best la sebab lagi luas dan dekorasinya mungkin lagi cantik.

Seperti spa-spa yang lain, perkhidmatan yang ditawarkan adalah body massage, slimming, manicure and pedicure, facial dan banyak lagilah. Harga, kira standardlah... Hotel punya kan. Spendlah duit lebih sedikit untuk the best treatment, tak rugi tau.


Ok, lets the photos tell the stories....

Produk yang digunakan adalah dri bahan-bahan semulajadi....

Alun-alun  Spa

Like... Ah tak ingat nama dia. but shes from Indonesia and married with local
Dia tengah bagi briefing tentang spa ni

Suasana dia sangat calming 

two beds untuk cusomer yang tak kisah berkongsi treatment room...

Another room..

Amik katak ni leak kat bengkel buat hiasan best ni..

Adat melawat, kenalah bagi cenderamata kan....

Well, staff dia semua bagus. very friendly and sourceful. Tak jemu melayan soalan dari kami....

Ok, next entry kita lari siket drai bidang kosmet la... kita patah balik ke previous visit last June...
INDONESIA.....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...