Pages

Wednesday 26 September 2012

PERTANDINGAN KEMAHIRAN

Kejayaan bukan milik anak didik saya. Alkisahnya...

Saya kesuntukan masa untuk melatih Maizatul Akmar. memandangkan waktu itu Percubaan SPM sudah hampir, maka tak banyak dapat saya ajarakan. Selepas Percubaan SPM, kami mulakan dengan mencipta sanggul kreatif. Saya hanya dapat membantu berbekalkan pengalaman saya sepanjang 2 tahun ini. Hum... Selepas saya ajarkan teknik guntingan concave, saya dipilih untuk mengahadiri kursus. Waktu itu saya sudah risau memandangkan Mai memerlukaun seseorang memantau dia sepanjang masa.

Cikgu-cikgu lain memang super busy. Daripada Ketua Bidang, sehinggalah peringkat cikgu-cikgu bawah ni. hum... Ada juga saya minta kawan-kawan serahkan telefon kepada Mai sebab saya rasa saya perlu bercakap dengan dia semasa saya berkursusu tapi tak dapat. Tapi KB saya called bagitahu Mai ok.

Tapi sayangnya, pada hari pertandingan, saya tak sangka anak didik saya ubah Stail guntingan biasa yang dia buat dalam kelas. Saya rasa dia mungkin takut dan akhirnya itu menyumbang kepada kekalahan kami. Tapi saya nak ucap tahniah juga kepada anak-anak didik dari bidang Fesyen dan Katering yang berjaya mendapat tempat. Dan itu menjadi satu pukulan buat saya. Saya perlu berusaha lagi... Masa tidak boleh dijadikan alasan. You want it, you must go for it! Fighting!







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...