Pages

Tuesday 24 April 2012

Indonesia...

Situasi ini berlaku ketika aku menghadiri Kursus SKM Persolekan  di Hotel Quality di pusat bandar. Seperti hari-hari lazimnya, minum pagi dan minum petang kami dihidangkan di luar bilik seminar. Dan waktu-waktu itulah aku terpandangkan pemuda-pemuda yang bekerja di hotel itu yang saban hari mempersiap menu-menu tertentu untuk kami.


Suatu petang terdetik untuk aku dan seorang kawan bertanya...

"Dari mana?"
"Surabaya Indonesia," balasnya. Pemuda yang kelihatan baru setahun jagung ini cekap dengan kerjanya.
"Umur berapa?"
"17" dia membalas.

Terkejutnya aku usah di kata. sama juga dengan kawan aku di sebelah.

"Datang ke sini semata-mata untuk bekerja?" kawanku bertanya. Dalam hati aku 'Jauhnya mereka datang cari makan...'

"Tak, kami datang untuk praktikal..." oooo.... Aku dan kawan mengangguk... "Ambil perhotelan" dia menambah...

Aku rasa hendak ketuk kepala...

Dalam hati... Bagusnya bidang vokasional di Indonesia, kalah kita rupa-rupanya...

*sigh*

Friday 6 April 2012

Ilmu




Setiap peluang yang datang itu, asalkan untuk belajar, maka ambil sahaja.
tidak kira ia berkaitan dengan apa yang kita buat hari-hari, asalkan ia mengajar kita untuk hidup, maka teruskan.

Belajar itu bukan sahaja di atas kertas. Belajar itu apa yang kita lihat, kita dengar, orang cakap, orang buat.


Haih.. ilmu itu pelik kan? kerana melatanya ia tersebar di setiap ceruk bumi Allah dan membuatkan kita tak nampak akan adanya ia.... Tapi ia tetap di situ, untuk kita mutip dan gilap..


Ingatan....



Untuk kalian dan diri sendiri....



Jadi, siapalah kita untuk merungut dan mengeluh...
Biar sakit, harus bangkit
Biar rapuh, harus utuh
susahnya hari ini pasti ada senangnya nanti..................



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...