yeah... assalamualaikum.. lama sungguh blog ini tersidai rapi sampai kering begini...
sempena dengan berlalunya enam bulan yang maha mencabar ini, saya ingin memperkenalkan bengkel baru Kosmetologi yang serba indah. Ada tiga bengkel yang baru sahaja siap dan telah pun beroperasi (digunakanlah senang cakap) selama dua bulan. Besar. Cantik. dengan perabot dan kemudahan yang baru, diharap pelajar-pelajar Kosmetologi ambilan pertama ni dapatlah belajar dengan seronoknya...
Setakat ini alhamdulillan, pelajar dapat menjaga barang-barang baru ni dengan baik.
bila sebut saja 6 bulan, bermakna satu semester pelajar sudah hampir ke hujung garisan. penamatnya adalah pentaksiran akhir yang akan berlangsung pada minggu hadapan. sebagai guru, Allah, rasa cuaknya mengalahkan pelajar. harap sangat diorang ni dapat buat yang terbaik walaupun hanya belajar dalam waktu yang singkat