Pages

Wednesday 26 September 2012

PERTANDINGAN KEMAHIRAN

Kejayaan bukan milik anak didik saya. Alkisahnya...

Saya kesuntukan masa untuk melatih Maizatul Akmar. memandangkan waktu itu Percubaan SPM sudah hampir, maka tak banyak dapat saya ajarakan. Selepas Percubaan SPM, kami mulakan dengan mencipta sanggul kreatif. Saya hanya dapat membantu berbekalkan pengalaman saya sepanjang 2 tahun ini. Hum... Selepas saya ajarkan teknik guntingan concave, saya dipilih untuk mengahadiri kursus. Waktu itu saya sudah risau memandangkan Mai memerlukaun seseorang memantau dia sepanjang masa.

Cikgu-cikgu lain memang super busy. Daripada Ketua Bidang, sehinggalah peringkat cikgu-cikgu bawah ni. hum... Ada juga saya minta kawan-kawan serahkan telefon kepada Mai sebab saya rasa saya perlu bercakap dengan dia semasa saya berkursusu tapi tak dapat. Tapi KB saya called bagitahu Mai ok.

Tapi sayangnya, pada hari pertandingan, saya tak sangka anak didik saya ubah Stail guntingan biasa yang dia buat dalam kelas. Saya rasa dia mungkin takut dan akhirnya itu menyumbang kepada kekalahan kami. Tapi saya nak ucap tahniah juga kepada anak-anak didik dari bidang Fesyen dan Katering yang berjaya mendapat tempat. Dan itu menjadi satu pukulan buat saya. Saya perlu berusaha lagi... Masa tidak boleh dijadikan alasan. You want it, you must go for it! Fighting!







AKTIVITI SELEPAS PERCUBAAN SPM

Tamat sahaja Peperiksaan Percubaan SPM, masa yang ada jadi semakin singkat. Budak-budak semua terlibat dengan Menjangkau Bintang. Penat juga nak cari masa sendiri untuk buadak-budak 5SK. Tapi apa yang saya buat selepas Trial ni adalah lebih kepada latih tubi. Saya cuna fokuskan kepada Bahagian C dan D. Sebab bahagian inilah yang peling senang untuk di score. 50 markah hanya untuk tiga lukisan dan dua soalan penyelesaian masalah.

Tapi agak kesal juga bila ada pelajar yang tak hargai usaha guru. Ramai juga yang ponteng sekolah selepas Trial ni. Macam mana saya nak tegaskan lagi betapa pentingnya belajar? betapa pentingnya live survival. Macam yang Dr ayub cakap dulu, 'Fight for the fetus' . maknanya... Fight! dalam apa situasi pun. dalam apa juga masa dan keadaan pun. You have to f for yo own good. Sebab... bagi saya sepanjang saya hidup... bukan mudah untuk membina hidup. dan hidup bukan sekadar untuk suka-suka. Kalau hidup hanya untuk bersenang-senang, believe me, Allah tak akan jadikan kita khalifah....


p/s: Saya bukanlah yang terbaik. Saya selalu cuba untuk jadi yang terbaik. Biar sekecil mana pun kerja saya saya tak suka orang nampak susahnya saya berusaha. Walaupun hasil kerja saya tidak memuaskan tapi saya yakin saya seorang yang bertanggungjawa. Semoga Allah membantu saya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...